Monday, June 22, 2020

Penyertaan Ibadah Korban Bagi Tahun 2020 / 1441 Hijrah



Pihak Jawatankuasa Surau bersetuju untuk menjalankan ibadah Korban pada tahun ini.

Ketetapan adalah seperti berikut :-

°Hari -
» Raya Aidil Adha Ke 2

°Jumlah Korban -
» 3 Ekor Lembu

°Harga Setompok -
» RM 700.00

°Penyertaan -
» 1Rumah 1 Bahagian
» Terbuka Hanya Untuk Penduduk Taman Tengku Maheran Sahaja

°Lokasi Ibadah Korban -
» Kandang Lembu Hj. Nur Muhammad

°Lokasi Pembahagian -
» Surau As Syakirin TTM

°Lain-Lain Makluman -
» Setiap Peserta Dibenarkan Hanya Seorang Berurusan
» Patuhi SOP PKPP Yang Dikeluarkan Oleh Pihak MKN

Sebarang Pertanyaan Dan Yang Ingin Menyertai, Bolehlah Menghubungi En. Nor Azman Bin Abu Bakar (Setiausaha Surau As Syakirin TTM) ditalian 019 4727002

Harap Maklum.








Sunday, June 21, 2020

Norma Baharu SOP Yang Ditetapkan Oleh MKN & JHEAIK - COVID19

Assalamualaikum..

Artikel ini telah dikeluarkan pada Selasa, 16Jun 2020 @ 06:11 PM oleh www.hmetro.com.my

(Simpan sebagai satu catatan sejarah)



KEDAH BENAR SOLAT JUMAAT 60 JEMAAH


KEDAH membenarkan solat Jumaat dihadiri 60 jemaah manakala solat fardu di masjid dihadiri 40 jemaah mulai Jumaat ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, perkara itu diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertujuan mengimarahkan masjid ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Bagi solat Jumaat, jemaah mestilah sekurang-kurangnya 40 orang bagi memenuhi syarat wajib Jumaat.


"Laungan azan yang diguna ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini akan dikembalikan kepada lafaz azan asal.

"Bagi pengajian al-Quran dan kuliah pula dibenar dilakukan selepas solat Subuh dan Maghrib, namun tempohnya tidak melebihi 30 minit," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Syeikh Fadzil berkata, masjid dan surau juga dikehendaki menyediakan ruang solat untuk orang yang bermusafir mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan JHEAIK.

"Kita juga memutuskan membenarkan solat sunat Aidiladha dan ibadat korban, namun jumlah kehadiran peserta pada sesuatu masa tertakluk kepada kesesuaian kawasan dan perlu mengelak elemen sesak, sempit dan sembang dekat (3S).

"Agihan daging korban kepada peserta dan fakir miskin boleh dilaksana mengikut amalan penjarakan sosial, namun sebarang majlis jamuan dan kenduri tidak dibenarkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud berkata, pihaknya menetapkan hanya jemaah berusia 15 tahun ke atas dibenarkan menunaikan solat jemaah di masjid dan surau.

Katanya, bagi solat Jumaat, hanya Masjid Zahir dibenarkan jemaah maksimum seramai 80 orang, manakala masjid lain 60 orang.

"Bagi solat fardu, hanya 40 jemaah dibenarkan dalam satu-satu masa di masjid, manakala di surau 20 orang saja.

"Jemaah perlu mendaftar dengan jawatankuasa masjid dan surau sebelum waktu solat bagi mengelak kesesakan dan mereka mesti bergilir ke masjid bagi mengelak perasaan tidak puas hati.


"JHEAIK dan polis akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Di atas kebenaran inilah, pihak ahli jawatankuasa Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran telah mengambil langkah-langkah bagi memenuhi SOP Yang telah ditetapkan oleh Pihak Majlis Keselamatan Negara Dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. 

SOP SOLAT BERJEMAAH DI SURAU AS SYAKIRIN TAMAN TENGKU MAHERAN Jitra KEDAH ADALAH - 

Yang disediakan oleh surau
1. Hand Sanitizer
2. Buku Catatan
3. Thermometer
4. Hark Saf Antara Jemaah
5. Pintu Masuk
6. Pintu Keluar
7. Penghawa Dingin Dilarang
8. Ruang Pengudaraan Yang Cukup

Yang Perlu Dipatuhi Oleh Para Jemaah
1. Pakai Mask (Penutup Hidung) 
2. Membaa Sejadah Sendiri
3. Bewuduk Di Rumah
4. Carat Nama Pada Buku Kehadiran 
5. Periksa Suhu Badan
6. Sanitasi Tangan
7. Warga Asing Dilarang
8. Warga Emas Berumur 70 keatas dilarang
9. Kanak-Kanak Dilarang
10. Orang Yang Bergejala / Kurang Sihat Dilarang



Berikut adalah photo-photo bagi memenuhi SOP yang ditetapkan :


Kerja-kerja bagi penjarakan jemaah sedang dilakukan

Jarak 1Meter

Biaq luruih.. tarik elok elok

Tanda arah masuk dan keluar


Us. Lan serang melihat para AJK sedang bertungkus lumus bagi memenuhi SOP yang ditetapkan

Alhamdulillah.. Kembali berjemaah walaupun hanya 20 jemaah sahaja dibenarkan


Di pintu masuk.. Pemeriksaan suhu badan dan daftar memastikan ke surau













Sunday, March 25, 2018

Majlis Pelancaran "JOM MENABUNG" & Tazkirah Oleh Yg. Berbahagia Ustaz Mohd Isa Bin Rahman (Imam 1 Masjid Zahir Alor Setar)


Assalamulaikum...

25 Mac 2018 - Pihak ahli jawatankuasa Surau As- Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah telah melancarkan satu kempen yang diberi nama "JOM MENABUNG".Menurut Pengerusi surau, Ustaz Mazlan, tujuan diadakan adalah bertujuan bagi mengumpul dana untuk penyediaan kemudahan, penambahbaikan alatan surau dan dana bagi menampung sebarang aktiviti yang diadakan.
Turut diundang bagi melancarkan program ini adalah Yang Berbahagia Ustaz Mohd Isa Bin Rahman iaitu Imam 1 Masjid Zahir Alor Setar. Beliau juga turut berkesempatan bagi menyampaikan sedikit tazkirah selepas Solat Maghrib. Semoga program yang dijalankan ini, mendatangkan keberkatan kepada semua jemaah dan anak kariah Surau As-Syakirin Taman Tengku Maheran.

Tentatif Program

  • Solat Maghrib
  • Ucapan Pengerusi Surau - Ustaz Mazlan.
  • Tazkirah Oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Mohd Isa Bin Rahman
  • Pelancaran Program "JOM MENABUNG"
  • Gimik Penyerahan Tabung
  • Solat Isyak
  • Jamuan Makan
  • Bersurai

Photo-Photo Program -
















Thursday, March 22, 2018

JOM MENABUNG - SAHAM AKHIRAT ANDA

Pihak Surau As-Syakirin Taman Tengku Maheran telah melancarkan satu kempen menabung untuk anak-anak khariah bagi dana surau dan dana bagi menyambut kedatangan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi.


Promosi Jom Menabung

Ahli Jawatankuasa & Jemaah Surau

Alhamdulillah..semoga apa yang dirancang ini akan mendatangkan keberkatan kepada 
semua..Insha Allah.

Saturday, November 21, 2015

Khatan Perdana 2015

Sempena musim percutian sekolah yang panjang ini, kesempatan ini telah diambil oleh Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran menganjurkan satu program yang julung-julung kali diadadan iaitu khatan perdana. Seramai 24 orang anak-anak telah mendaftar bagi program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Yb. En. Aminuddin Bin Omar yang merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Selepas itu anak-anak ini telah disiram dengan pancutan air dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Jitra Kedah. Pelbagai reaksi boleh dilihat diraut wajah anak-anak ini, ada yang suka, ada yang masih takut-takut, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pihak RTM turut hadir bagi merakamkan program ini dan disiarkan di dalam siaran berita pada waktu tengaharinya.


Siaran Berita dari RTM


Photo-Photo menarik sepanjang Program Khatan Perdana :-

Kaunter pendaftaran dibuka awal

Cg Mat Isa dan Bg. Man ..orang kuat di meja pendaftaran..

Siapa cepat dia dulu.....


Sapa nak dulu..angkat tangan...


Sat lagi pak cik bagi kain tola sorang satu...beda hadiah..

Ucapan perasmian oleh YB. Aminuddin Omar


Sapa yang lindung nak ambik gambaq ni....hahahaha..

Juruih ayaq dulu...

Horeyyyyy....sat lagi....

Mandi sampai ketaq..

Ubat kebaih..

Laser yang digunakan..

Sikit ja lagi.....

Alhamdulillah...dah selesai yang pertama..



Thursday, October 15, 2015

Program Forum Perdana "HIJRAH" Pembuka Tirai Tahun 1437 H

Sebelum pembuka kata bicara, Pihak Ahli Jawatankuasa Surau As Syakirin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hirah 1437 H kepada semua muslimin dan muslimat tidak kira dimana anda berada. Alhamdullilah semoga dengan kehadiran tahun baru ini, dapat meningkatkan lagi, keimanan, ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. InsyaAllah.
 
Bersempena dengan kehadiran Maal Hijrah ini, pihak pengurusan @ ahli jawatankuasa surau telah merancang untuk diadakan forum perdana dan kali ini para panel jemputan adalah Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharim. Moderator bagi forum perdana ini, tidak kurang hebatnya iaitu Ustaz Lutfi Amir Saidin. Pelbagai persiapan telah dibuat untuk menjayakan program ini. Alhamdulillah dengan berkat kerjasama ahli jawatankuasa surau dan Jemaah surau , program ini telah berjaya diadakan dan menarik ribuan orang yang hadir. Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak di dalam program yang diadakan ini.
 
Tajuk Program : Forum Perdana Sempena Sambutan Maal Hirah
Tarikh : 14 Oktober 2015
Lokasi : Perkarangan Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra, Kedah.

Moderator : Ustaz Lutfi Amir Bin Saidin
Ahli Panel 1 : Ustaz Abdullah Khairi
Ahli Panel 2 : Ustaz Haslin Baharim


Photo-Photo Menarik Pada Malam Berlangsungnya Forum Perdana...

Persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar dari POLIMAS

Persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar dari Institut Perguruan Darul Aman



Dibawakan khas oleh Team Maahad Tahfiz Ustaz Abdullah Khairi

Barisan jawatankuasa forum perdana..

Abang Daud....depa dok panggil nuuuu..jgn dok saja...

Abg Cameraman sedang membuat rakaman...

Antara ribuan yang hadir...

Hebat...dan lagi Pak Mat kita...

 
Pengerusi surau merangkap komander program...


Para Ilmuan yang hebat-hebat belaka..


Ada juga gambaq admin no...hehehe..

Serbuan anak muda bagi bersalam dengan para ahli panel...

Kenangan ahli jawatankuasa....



Photo-Photo Menarik Pada Petangnya Sebelum Bermulanya Forum Perdana..

Geng bancuh ayaq....Pak Leh & Jaafar

dok rehat sat....

Team sound system...test bagi sedap dengaq sikittt...

makluman...makluman...ayaq disediakan di dapoq....

dok susun kerusi....mai pakat tolong oiiii....

Orang kuat pentas...Hj. Bahrin,Us. Nadhri, Us. Masri

Team tutup jalan....

Incharge gerai......Pak Ngah kita...

Bang Mi danKak Yus ..turut mengambil kesempatan untuk berniaga..

Team Teknikal lampu dan wiring...


Ayah tau ka tuuuu...