Assalamualaikum,
Dikesempatan ini marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia kita bagi bertemu bulan yang amat suci, bulan yang penuh keberkatan, yang amat amat ditunggu oleh semua umat Islam di atas muka bumi milik Allah ini.
Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Datang Bulan yang Suci
Nama Mu Sentiasa Di hati
Kedatangan Mu Sentiasa Di Nanti
Fadhilat Dan Ganjaran Mu Amat Di Cari
Ibadah Mu Diberkati
Dan Kepergian Mu Pun Ditangisi
Selamat Menggapai Redho Ilahi
Pada bulan Ramadhan ini, pelbagai aktiviti telah diatur di Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran ini, antaranya sembahyang terawih berjemaah, majlis berbuka puasa, tazkirah Ramadhan, Tadarus Al Quran dan pelbagai lagi program yang telah disusun bagi memenuhi ruang ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan mulia ini. Bagi sembahyang Terawih, penyusunan jadual imam telahpun dibuat termasuk imam-imam jemputan dari luar. Semoga program yang telah disusun ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.Apa yang diharapkan agar tahun ini akan menjadikan kita lebih tekun beribadah dan jadikan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sebelum belumnya. Insya Allah....
![]() |
Jadual Program Sepanjang Ramadhan |
![]() |
Jemaah yang hadir berterawih.. |
![]() |
Abang Fudzil...Geng 20.. |
![]() |
Terawih bersama Imam Palestin.. |
![]() |
Tazkirah selepas Solat Terawih.. |
![]() |
Tabung Perihatin Palestin yang dilancarkan |
![]() |
Masing-masing kusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan.. |
![]() |
Photo kenangan bersama Imam Palestin dan NGO HALUAN.. |
![]() |
Ust. Nadzri....hebat orangnya.. |