Wednesday, July 15, 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan....

Ramadhan akan meninggalkan kita. Pasti ia akan dirindui oleh kita semua yang beriman kepada Allah. Marilah kita berdoa, semoaga Allah panjangkan usia kita, berikan kesihatan yang baik kepada kita agar bertemu Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah...
10 Malam terakhir Ramadhan ini, pihak Ahli Jawatankuasa Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah telah mengadakan pelbagai program bagi memenuhi malam-malam akhir ini. Antara program-program yang telah @ senantiasa diadakan sepanjang bulan Ramadhan tahun ini adalah Iftar Ramadhan, Tazkirah, Program Tadarus dan juga sumbangan keperluan raya kepada golongan yang memerlukan khususnya anak-anak khariah Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran amnya.
Semoga program-program yang amat baik ini dapat diteruskan dan diharapkan menjadi tradisi bagi aktiviti surau setiap kali bulan Ramadhan.
Bagi menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelma, Pihak admin mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Surau As Syakirin TTM, menyusun 10 jari memohon jutaan ampun dan maaf seandainya berlaku sebarang kekurangan di sepanjang program yang disusun disepanjang Ramadhan ini, mahupun di sepanjang tahun ini. Bagi yang memandu untuk pulang berhari raya di kampung halaman, selamat memandu, berhati-hati di jalan raya.. Ingatlah Insan yang tersayang. Manakala yang tidak pulang berhari raya, marilah kita penuhi surau di malam raya dan bertakbir raya di rumah-rumah rakan, sahabat handai kita yang telah disusun jadualnya.Semoga apa yang diatur, apa yang dirancang akan menjadikan kita umat yang baik disisi Allah S.W.T dan hubungan sesama kita akan lebih terjalin dengan lebih erat lagi, hendanknya.
Akhir bicara....

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN".


Photo-photo aktiviti di sepanjang 10 Hari @ Malam Terakhir Ramadhan



Sedap tengok lauk...

Sabaq..sabaq..awai lagi

Masing-masing dok tunggu Pak Ngah azan ja...

Awat yang lambat sangat rasanya hari ni tak tau.....hahahaha

Tazkirah Ramadhan oleh Tuan Sheikh Hj. Yusoff Bin Hj. Ahmad..


Khusyuk...Abang Man Polis kita...




Sumbangan Hari Raya disampaikan oleh Tn. Syeikh Hj. Yusoff kepada golongan yang memerlukan..



Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Husam Bin Datuk Syeikh Badaruddin Hj. Ahmad