Saturday, January 10, 2015

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1436 H

Tarikh : 09 Januari 2014
Hari : Jumaat
Lokasi : Surau As Syakirin, Taman Tengku Maheran Jitra, Kedah

Tentatif Program :-

08.00 Pagi - 09.00 Pagi - Perarakan Selawat
09.00 Pagi - 11.00 pagi - Marhaban Dan Berzanji, Pertandingan Azan dan Hafazan Serta Mewarna
11.00 Pagi - 12.00 T/hari - Pemyampaian Hadiah Dan Jamuan Makan
09.00 Malam - 11.00 Malam - Forum Perdana

Moderator Forum Perdana : Ustaz Mazlan (POLIMAS)
Ahli Panel 1 : Ustaz Lutfi Amir Saedin (IPK Kedah)
Ahli Panel 2 : Ustaz Lutfi Ameer Abdullah (POLIMAS)


Photo-Photo Sepanjang Perjalanan Program Dilangsungkan :.

Perarakan Selawat diketuai oleh Ustaz Masri.


Anak-anak turut sama berselawat


Team Marhaban Dan Berzanji..

Pertandingan Azan Dan Hafazan Untuk kanak-kanak


Para Muslimat sedang bertungkus lumus menyediakan jamuan tengahari...

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak

Ketua Genohok..sahabat Kita En. Zul..


Siri latihan untuk ahli-ahli panel...lakonan semata-mata..






Program bermula...

Friday, January 2, 2015

Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir - Misi Pantai Timur


Demi mengurangkan beban mangsa banjir yang melanda negara kita baru-baru ini, Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah dan Maahad Tabiyah Derang telah melancarkan satu Misi Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir. Misi penghantaran bantuan ini adalah ke Negeri Kelantan. Pelbagai sumbangan telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan penduduk-penduduk Taman Tengku Maheran dan penduduk disekitarnya. Hasil dari 3 hari misi ini dilancarkan di Surau As Syakirin, pihak kami telah berjaya mengutip wang tunai lebih kurang sebanyak RM 8310.50 dan pelbagai barangan. Antaranya 600 kotak air mineral sumbangan  Syarikat Oblong dan sebuah syarikat air mineral dari Sg. Petani, kepeluan makanan,susu kanak-kanak, minyak masak, pakaian, lilin dan pelbagai lagi barangan yang telah disumbangkan . Sebanyak 2 buah lori dan 3 buah pacuan empat roda akan digunakan bagi misi penghantaran sumbangan tersebut.

Kepada semua penyumbang-penyumbang, jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah anda lakukan. Terima kasih...terima kasih..terima kasih..

Banner yang siap dipasang

Antara Penyumbang-Penyumbang

Terima kasih kepada Tentera Udara Kepala Batas yang turut sama menyumbang tenaga bagi mengangkat barang ke atas lori



Ramai yang datang membantu

Proses-proses mengangkat barang ke atas lori

Skuad jaga barang...jam 04.00 pagi...terima kasih kepada Ustaz Mazlan, Amran Polis, Brader Mat, Fatah, Fuzil dan Faziel (Penulis)

Anak-anak turut membantu mengangkat barang...hebat anak-anak kita...

Hebat ...Abang-Abang tentera kita yang diketuai oleh Mejar Narmi Dari Kolej Tentera Udara Kepala Batas

Abang Daud kita....cukup cekap susun barang atas lori...

Antara orang kuat ...Abg Fatah kita...

Bantuan dihulurkan...


Angkat...jangan tak angkat

Hebat anak-anak Surau As Syakirin...

Dah habih turun la...banayk lagi nak angkat nuuuu....

Sambut oooiiii...sat lagi jatuh ataih kaki nuuuu....

Jam 12 malam hingga 6 pagi....macam macam cerita..pasai moto la...hantu la...marka la..menikah dua la...opssss....hanya geng ni saja yang tau...hahahaha
 
Photo-Photo Semasa Perjalanan Dan Semasa Bantuan Disampaikan.
 
 
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil-wakil Sukarelawan dari Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran di atas kesudian anda untuk mewakili kami di dalam misi yang telah dilancarkan ini.
 
1) Ustaz Masri
2) Ustaz Nadzri
3) Pak Ngah
4) Ustaz Mazlan
5) Fazli
6) Ustaz Zafran
7) Mus
8) Jabatan Penjara Malaysia, Alor Setar
9) Juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
 


Konvoi ..3 buah pacuan 4 roda & 2 buah lori...

Kenderaan dari Jabatan Penjara Malaysia..Terima kasih kepada Pegawai dan anggota yang turut terlibat di dalam misi bantuan banjir yang diadakan ini...

Gimik pelancaran....Man Polis dan Pak Mat..

Berkumpul sebelum memulakan perjalanan...

Separuh Perjalanan....



berehat sebentar...lepas letih dok packing barang...

Memasuki kawasan bencana banjir

 
Sukarelawan As Syakirin...Ustaz masri dan Ustaz Nadzri..

Us. Mazlan & Pak Ngah...Bergambar kenangan di lokasi bencana

hebat....

Pengagihan bekalan sedang dilakukan



Kesan-kesan bencana banjir...