Friday, June 19, 2015

Marhaban Ya Ramadhan..

Assalamualaikum,
 
Dikesempatan ini marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia kita bagi bertemu bulan yang amat suci, bulan yang penuh keberkatan, yang amat amat ditunggu oleh semua umat Islam di atas muka bumi milik Allah ini.
 
 
Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Datang Bulan yang Suci
Nama Mu Sentiasa Di hati
Kedatangan Mu Sentiasa Di Nanti
Fadhilat Dan Ganjaran Mu Amat Di Cari
Ibadah Mu Diberkati
Dan Kepergian Mu Pun Ditangisi
Selamat Menggapai Redho Ilahi
 
 
 
Pada bulan Ramadhan ini, pelbagai aktiviti telah diatur di Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran ini, antaranya sembahyang terawih berjemaah, majlis berbuka puasa, tazkirah Ramadhan, Tadarus Al Quran dan pelbagai lagi program yang telah disusun bagi memenuhi ruang ibadah sepanjang bulan yang penuh keberkatan dan mulia ini. Bagi sembahyang Terawih, penyusunan jadual imam telahpun dibuat termasuk imam-imam jemputan dari luar. Semoga program yang telah disusun ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.Apa yang diharapkan agar tahun ini akan menjadikan kita lebih tekun beribadah dan jadikan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sebelum belumnya. Insya Allah....
 
 
Jadual Program Sepanjang Ramadhan

Jemaah yang hadir berterawih..


Abang Fudzil...Geng 20..

Terawih bersama Imam Palestin..

Tazkirah selepas Solat Terawih..

Tabung Perihatin Palestin yang dilancarkan


Masing-masing kusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan..

Photo kenangan bersama Imam Palestin dan NGO HALUAN..

Ust. Nadzri....hebat orangnya..

 
 
 
 


Thursday, June 11, 2015

Program Ceramah Perdana Bersama Datuk Abu Hasan Din Al Hafiz

Tarikh : 29 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 09.00 Malam
Lokasi : Dataran Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah

Photo-Photo Sepanjang Program :-

Persembahan dari Anak-Anak Maahad Tahfiz Nurul Iman Tunjang Kedah

Anak-Anak dari Maahad Tahfiz Nurul Iman

Orang kuat program...


Terima kasih kepada Jawatankuasa Keselamatan..

Macam apit pengantin baru aih...Bang Man kita...


tapak jualan juga disediakan...



Skrin Layar juga disediakan

Pengerusi majlis...Ustaz Mazlan..

Bersama Datuk Abu Hasan Din Al Hafiz


Ambil berkat Tok Guru..

Barisan kepimpinan Jawatankuasa Program.
Admin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Program Ceramah Perdana kerana anda semua adalah yang terbaik bagi menjayakan program ini. Tanpa anda semua, program baik seperti ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga dilain masa, dilain waktu, program-program seperti ini dapat diadakan senantiasa bagi memberi ilmu dan pengetahuan kepada kami semua, amnya anak-anak kairiah Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah.