Sempena musim percutian sekolah yang panjang ini, kesempatan ini telah diambil oleh Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran menganjurkan satu program yang julung-julung kali diadadan iaitu khatan perdana. Seramai 24 orang anak-anak telah mendaftar bagi program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Yb. En. Aminuddin Bin Omar yang merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Selepas itu anak-anak ini telah disiram dengan pancutan air dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Jitra Kedah. Pelbagai reaksi boleh dilihat diraut wajah anak-anak ini, ada yang suka, ada yang masih takut-takut, tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Pihak RTM turut hadir bagi merakamkan program ini dan disiarkan di dalam siaran berita pada waktu tengaharinya.
Siaran Berita dari RTM
Photo-Photo menarik sepanjang Program Khatan Perdana :-
 |
Kaunter pendaftaran dibuka awal |
 |
Cg Mat Isa dan Bg. Man ..orang kuat di meja pendaftaran.. |
 |
Siapa cepat dia dulu..... |
 |
Sapa nak dulu..angkat tangan... |
 |
Sat lagi pak cik bagi kain tola sorang satu...beda hadiah.. |
 |
Ucapan perasmian oleh YB. Aminuddin Omar |
 |
Sapa yang lindung nak ambik gambaq ni....hahahaha.. |
 |
Juruih ayaq dulu... |
 |
Horeyyyyy....sat lagi.... |
 |
Mandi sampai ketaq.. |
 |
Ubat kebaih.. |
 |
Laser yang digunakan.. |
 |
Sikit ja lagi..... |
 |
Alhamdulillah...dah selesai yang pertama.. |