Demi mengurangkan beban mangsa banjir yang melanda negara kita baru-baru ini, Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran Jitra Kedah dan Maahad Tabiyah Derang telah melancarkan satu Misi Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir. Misi penghantaran bantuan ini adalah ke Negeri Kelantan. Pelbagai sumbangan telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan penduduk-penduduk Taman Tengku Maheran dan penduduk disekitarnya. Hasil dari 3 hari misi ini dilancarkan di Surau As Syakirin, pihak kami telah berjaya mengutip wang tunai lebih kurang sebanyak RM 8310.50 dan pelbagai barangan. Antaranya 600 kotak air mineral sumbangan Syarikat Oblong dan sebuah syarikat air mineral dari Sg. Petani, kepeluan makanan,susu kanak-kanak, minyak masak, pakaian, lilin dan pelbagai lagi barangan yang telah disumbangkan . Sebanyak 2 buah lori dan 3 buah pacuan empat roda akan digunakan bagi misi penghantaran sumbangan tersebut.
Kepada semua penyumbang-penyumbang, jutaan terima kasih dan semoga Allah membalas setiap kebaikan yang telah anda lakukan. Terima kasih...terima kasih..terima kasih..
 |
Banner yang siap dipasang |
 |
Antara Penyumbang-Penyumbang |
 |
Terima kasih kepada Tentera Udara Kepala Batas yang turut sama menyumbang tenaga bagi mengangkat barang ke atas lori |
 |
Ramai yang datang membantu |
 |
Proses-proses mengangkat barang ke atas lori |
 |
Skuad jaga barang...jam 04.00 pagi...terima kasih kepada Ustaz Mazlan, Amran Polis, Brader Mat, Fatah, Fuzil dan Faziel (Penulis) |
 |
Anak-anak turut membantu mengangkat barang...hebat anak-anak kita... |
 |
Hebat ...Abang-Abang tentera kita yang diketuai oleh Mejar Narmi Dari Kolej Tentera Udara Kepala Batas |
 |
Abang Daud kita....cukup cekap susun barang atas lori... |
 |
Antara orang kuat ...Abg Fatah kita... |
 |
Bantuan dihulurkan... |
 |
Angkat...jangan tak angkat |
 |
Hebat anak-anak Surau As Syakirin... |
 |
Dah habih turun la...banayk lagi nak angkat nuuuu.... |
 |
Sambut oooiiii...sat lagi jatuh ataih kaki nuuuu.... |
 |
Jam 12 malam hingga 6 pagi....macam macam cerita..pasai moto la...hantu la...marka la..menikah dua la...opssss....hanya geng ni saja yang tau...hahahaha |
Photo-Photo Semasa Perjalanan Dan Semasa Bantuan Disampaikan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada wakil-wakil Sukarelawan dari Surau As Syakirin Taman Tengku Maheran di atas kesudian anda untuk mewakili kami di dalam misi yang telah dilancarkan ini.
1) Ustaz Masri
2) Ustaz Nadzri
3) Pak Ngah
4) Ustaz Mazlan
5) Fazli
6) Ustaz Zafran
7) Mus
8) Jabatan Penjara Malaysia, Alor Setar
9) Juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
No comments:
Post a Comment